Selasa, 29 November 2011

SEKOLAH HARAPAN TERIMA BAGI 1 HIJRAH

JASIN-Seorang penghuni Sekolah Harapan,di sini selamat melahirkan seorang bayi lelaki yg kebetulan jatuh pada tahun hijrah 1433,kemarin .remaja berusia 18 tahun itu melahirkan bayi dengan berat 2.3 kilogram pada 10 .09 malam di hospital Melaka.pengurusi Sekolah Harapan,Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata,kelahiran Bayi itu pada 1 Muaharam mempunyai keistimewaan tersendiri di sebalik tahun baru Hijrah ....

apa yg nak bangga sangat ...yelah bayi tu yg istimewa  sebab dia lahir kebetulan pada 1 muharam ,tapi remaja yg terlanjur tu pun kena insaf dan bertaubat diatas kesalahan nya ..

Isnin, 28 November 2011

Kerajaan Melaka Bijak: Berhutang Pandai, BAYAR TIDAK

Kerajaan Negeri Melaka disifatkan paling bijak dalam Malaysia kerana pandai berhutang tetapi tidak pandai membayarnya.

Sehingga 2010, Ketua Audit Negara melaporkan bahawa hutang negeri Melaka sudah menjangkau lebih dari RM800 juta. Hutang Melaka meningkat lebih dari RM200juta berbanding pada tahun 2009. Apa yang lebih menarik kerajaan negeri tidak membayar satu sen pun hutangnya kepada kerajaan pusat pada tahun 2010.

yelah ....Kerajaan Negeri PR seperti Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan disifatkan tidak pandai memerintah kerana berjaya membayar hutang mereka setiap tahun....UMNOK jelah yg pandai dalam dunia ni ...orang lain tak boleh .

Pendaftaran Pelajar PASTI 2012 kini dibuka di Rembau



PENDAFTARAN KINI DIBUKA
PASTI Al Ahmadi
No 86, Jalan CU3
Taman Chembong Utama
Rembau, Negeri Sembilan
Untuk pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun

Untuk pertanyaan atau pendaftaran sila hubungi Cikgu Tarwiah 014-2268907 , 014-2268837

Sila layari Blog PASTI N.Sembilan di http://pasti-n9.blogspot.com/

Kelebihan PASTI di Negeri Sembilan :
- Kurikulum 5M – Membaca, Menulis, Mengira, Menghafaz, Mengamal
- Lebih 50 cawangan seluruh N.Sembilan
- Sukatan pelajaran sistematk dengan guru yang terlatih
- Konsep Tadika Islam
- Penekanan seimbang Akademik dan Akhlak
- Asas Al Quran dan Doa Harian
- Amali dan Praktikal Ibadah
- Aktiviti Sukan dan Riadah
- Yuran yang berpatutan

Waktu Pembelajaran
8.30 pagi – 12.00 tgh (Isnin - Khamis)
8.30 pagi - 11.30 pagi (Jumaat)

Matapelajaran
Komunikasi Asas : Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa
Inggeris
Matematik
Akhlak, Sirah,dan Asas Ibadah
Kesihatan dan Pendidikan Jasmani
Al Quran dan Tulisan Jawi

Objektif PASTI
Melahirkan generasi muslim yang beriman dan bertakwa
Mendidik anak-anak budaya pembelajaran secara Islam
Pendidikan Pra-Sekolah yang berteraskan Falsafah Pendidikan Islam

Masa depan anak-anak kita bergantung kepada pendidikan usia muda mereka. Ketinggian mutu kreativiti daya intelek, keluhuran akhlak, kemantapan iman dan ketakwaan mereka mencerminkan sejauh mana kejayaan generasi hari ini yang dipertanggungjawabkan untuk membentuk mereka menjadi generasi soleh yang cemerlang.

Hina peneroka  JKPP Felda mahu saman Isa


AMPANG: Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Felda memberi tempoh 14 hari kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran dakwaan mengeluarkan kenyataan menghina peneroka.

Kata-kata penghinaan itu didakwa diucapkan Isa semasa sesi penerangan kepada perwakilan Koperasi Permodalan Felda (KPF) di Melang Inn Kuala Pilah baru-baru ini.

"Kita telah melantik peguam untuk menuntut Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 14 hari dan menyiarkannya sekurang-kurangnya di lima buah akhbar.

"Jika enggan memohon maaf, kita akan meneruskan tindakan saman terhadap beliau," kata Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang juga Naib Pengerusi JKPP Wilayah Johor Bahru, Shamsuddin Othman (kiri).

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di sebuah hotel di sini hari ini.

Kira-kira 15 anggota mereka turut serta pada sidang media itu termasuk pimpinan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda yang diketuai Azizah Bahari.

Dalam rakaman ucapan yang turut ditayangkan kepada media, Isa dilihat mengeluarkan kenyataan seperti "jika budak kecil, saya dah lempang", "munafik", "pembohong", "penipu" dan "jika saya jumpa saya akan lutu (ketuk) dia".

Dia juga secara jelas menujukan kenyataan-kenyataan itu kepada Shamsuddin yang disebutnya dalam ucapan itu dengan nama "Pak Sam".

Bagaimanapun tindakan Isa itu dianggap menghina seluruh peneroka kerana Shamsuddin adalah ketua peneroka Felda kebangsaan yang mewakili seluruh peneroka.

Menurut Shamsuddin lagi, penghinaan oleh Isa terhadapnya itu dipercayai ada kaitan dengan tindakannya yang mempersoal prolehan Felda yang hanya akan mendapat RM500 juta setahun selepas memajak 360,000 tanah kepada Felda Global Ventures untuk disenaraikan.

Sedangkan pendapatan Felda daripada tanah-tanah itu sekarang ini sekitar RM2 billion setahun.

"Ini kali pertama dalam sejarah, pengerusi Felda hina peneroka, tak pernah berlaku sebelum ini," katanya.

Selain itu dalam video itu juga, Isa secara tersekat-sekat menggelarkan 'JKPP' sebagai 'JKK'.

"Setelah hampir setahun bertugas tetapi masih tidak mengetahui nama dan fungsi JKPP membuktikan Tan Sri Isa tidak layak menerajui Felda," katanya.

Khamis, 24 November 2011

                                           Akta Baru Akan Menggagalkan Bersih 3.0?
makan malam dan ceramah perdana di kuala pilah semua dijemput hadir...
 Dengar ni, wahai ulama'-ulama UMNO !!!

"Kenapa umat Islam, hatta di kalangan ulama-ulama terbuang di Malaysia, tidak bersependapat dan sepakat dalam hal pelaksanaan hukum hudud? Malah mereka dilihat bertentangan antara satu sama lain. Seolah-olah hukum hudud itu ada pilihan untuk melaksanakannya atau tidak melaksanakannya. Berikutan kecelaruan itu,
Dato' Dr. Haron Din : Berlainan dan percanggahan pendapat dalam Islam adalah perkara lumrah dari dahulu hingga sekarang. Bagaimanapun perlulah diketahui bahawa berlainan pendapat itu, ada yang diharuskan syarak dan ada yang dilarang. Malah ada yang amat-amat dilarang.

Yang diharuskan adalah pada perkara-perkara/ furu'iyyah (masalah-masalah cabang) yang tidak ada nas syarak yang memastikannya. Adapun yang diharuskan berkhilaf, adalah pada ruang berijtihad pada perkara yang ada tiada nas syarak, tidak ada ayat yang menetapkan hukumnya. Lebih-lebih lagi pada perkara yang baru timbul, di mana tidak pernah berlaku sebelum ini.

Contoh jelas yang diharuskan berkhilaf. Seperti bila mana sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W tidak bersependapat, sama ada hendak menghimpun dan menulis semula Al Quran. Abu Bakar As Siddiq R.A berpendapat tidak boleh dibuat kerana Rasulullah S.A.W tidak melakukannya dan tidak pernah ada suruhan melakukannya. Oleh kerana itu beliau berpendapat, ia tidak boleh dilakukan. Manakala Umar Al Khattab R.A berpendapat, perlu dilaksanakan usaha pengumpulan dan penulisan Al Quran kerana dibimbangi akan hilang daripada hafalan ummah. Sebabnya pernah berlaku, ramai penghafal Al Quran yang terkorban syahid. Generasi kemudian akan kehilangan Al Quran. Setelah mereka bertelagah, akhirnya mereka bersetuju perlu dihirnpun dan ditulis semula Al Quran.

Demikian juga mereka bertelagah dalam memilih seorang ketua negara untuk menggantikan Rasulullah S.A.W, bagi meneruskan pemerintahan Islam. Mereka bertelagah pada memilih orang, yang akhirnya mereka bersetuju memilih Abu Bakar As Siddiq.

Dalam permasalahan hudud, perlu atau tidak melaksanakannya, telah dijawab oleh amalan Rasulullah S.A.W, para sahabat dan juga as-salafussoleh. Perlu melaksanakannya. Mereka tidak pernah bertelingkah kerana wujud nas-nas syarak yang amat jelas, menyuruh kita, khasnya pihak berkuasa agama, pada setiap generasi, pada setiap negara, wajib melaksanakannya.

Sepatutnya tidak berlaku pertentangan pendapat di kalangan ulama-ulama muktabar, khasnya ulama 'amilin (yang beramal dengan ilmunya), jika kesemua mereka benar-benar takutkan Allah dan melaksanakan perintah Allah. Bagaimanapun jika ada di kalangan mereka, yang takut akan kehilangan maslahat keduniaan, daripada kemurkaan Allah Taala dan azabnya, maka akan berlakulah apa yang anda ajukan pada persoalan di atas, bahawa ada ulama bertelingkah.

Setiap satu dalam kesalahan hudud (mencuri, merompak, berzina, menuduh zina, meminum arak, murtad) semuanya telah ditetapkan Allah hukumannya di dalam Al Quran (dan terang hukumnya) dan juga hadis-hadis sahih, maka pelaksanaannya adalah wajib
KEADILAN lancar ‘Janji Palong’ bela peneroka Felda
 
JEMPOL 22 Nov 2011 : KEADILAN melancarkan manifesto warga Felda peringkat kebangsaan yang dikenali sebagai ‘Janji Palong’ bagi membela hak peneroka yang selama ini diabai kerajaan Umno-Barisan Nasional.
 
Manifesto itu dilancarkan oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan warga Felda yang diadakan di Felda Palong 6 di sini malam tadi.
 
Program tersebut berjaya menarik kehadiran lebih 2,000 peneroka Felda di sekitar gugusan Felda Palong.
 
Anwar dalam ucapannya memuji usaha yang dilakukan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN (BMFOAK), dalam memperjuangkan hak peneroka yang ditindas oleh Felda di Gugusan Felda Palong dan sekitar Jempol.
 
Turut hadir dan memberi ucapan pada majlis itu Pengerusi BMFOAK, Suhaimi Said, Timbalan Pengerusi, T Kumar dan Setiausahanya, Rebin Birham.
 
Sebelum ini sebanyak lapan kes saman ke atas Felda yang melibatkan peneroka Felda Palong, Felda Serting dan Felda Jengka (Pahang) telah difailkan di Mahkamah yang dikendalikan oleh BMFOAK.
 
Janji Palong mengandungi 6 elemen penting di dalam perjuangan KEADILAN membela nasib Peneroka Felda dan Generasi Baru Felda.
 
Pertama, memansuhkan Felda Plantation seperti yang terkandung dalam Buku Jingga.
 
Kedua, menawarkan 830,000 ekar tanah Felda Plantation kepada 83,000 peneroka baru yang terdiri daripada generasi baru Felda.
 
Ketiga, berjanji membangunkan perumahan mampu milik untuk generasi baru yang menetap di kawasan Felda.
 
Keempat, menamatkan penipuan Kadar Perahan Gred (KPG) yang memerah hasil peneroka Felda.
 
Kelima, mengisytiharkan hutang Peneroka yang akan ditolak daripada pendapatan mengikut kiraan sebenar.
 
Dan keenam, pemberian insentif kepada peneroka tanam semula secara individu tanpa mengharapkan bantuan dan penggantungan kepada Felda

 

Isnin, 21 November 2011

Ramai pihak memperkatakan mengenai isu negatif, isu murtad, isu seksualiti merdeka, isu gejala buang bayi, isu penyalahgunaan kuasa, isu rasuah, isu dadah dan sebagainya. Semuanya negatif belaka, begitu kurang digembar gemburkan isu positif, seperti ulama Negeri Sembilan yang merupakan tokoh saintis, tokoh matematik, tokoh trigonometri yang paling hebat di Malaysia yang boleh mengalahkan barisan para professor di universiti."

"UMNO tidak membuat apa-apa kemajuan yang berkesan sejak Pilihanraya umum 2008 dan tidak dapat untuk mendapatkan sokongan daripada orang Melayu, kata Tun Mahathir melalui menjelang Perhimpunan Agung UMNO melalui temubual Utusan Malaysia."UMNO sudah menjadi rosak dengan teruk apabila Tun Abdullah Badawi mengambil alih. Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi pertuduhan rasuah dan pelbagai lagi. "

salam perkenalan.....

assalamualaikum n salam sejahtera.......