Ahad, 25 Disember 2011

Korang Nak Tau Harta Anak Tun Det Ada Berapa Juta?

"RAKYAT KENA AMBIK TAUUUUU...??? SEKIAN LAMA UMNO MENIPU KITA...????




MAHATHIR DI USIA LELAKINYA

KETURUNAN PENYAMUN NEGARA? INIKAH PEMIMPIN
RAKYAT YG DI IMPIKAN KEDAH


Alangkah angkuhnya anak MAHATHIR ini. Dalam usia hanya 37 tahun, kekayaan berbillion Ringgit yang digondolnya dikatakan hasil "usahanya" sendiri. Adakah usaha itu termasuk menipu rakyat, memaksa syarikat awam seperti PETRONAS membeli syarikat mereka yang hampir bankrap, memaksa pegawai kerajaan menganugerahkan tender kepada mereka dan memaksa para menteri tunduk menyembah mereka lantas memberi kontrak jabatan yang besar-besar?

Mokhzani kini mempunyai harta yang dianggarkan berjumlah lebih RM 2 billion Ringgit, berdasarkan pegangan dirinya dan isterinya dalam 200 buah syarikat tempatan. Doa merupakan orang ketiga di Malaysia yang paling banyak memiliki syarikat-syarikat. (Orang yang kedua ialah abangnya Mirzan bin MAHATHIR dan "orang" yang pertama ialah Kementerian Kewangan Diperbadankan - Minister of Finance Inc.). Hartanya di luar negara tidak dikira lagi...

Ini bermakna Mokhzani bin MAHATHIR mengumpulkan sebanyak RM 54 juta Ringgit bagi setiap tahun yang terkandung dalam umurnya! Semenjak dia keluar dari universiti, purata keuntungan yang diperolehinya adalah RM 167 juta SETAHUN. Ini adalah bersamaan dengan keuntungan MAS pada seluruh tahun 1998/9 dan lebih 350 kali ganda gaji TAHUNAN ayahandanya sebagai Perdana Menteri!

Kekayaan ini lebih menjijikkan apabila kita meneliti bahawa isanya tidak termasuk kekayaan lima lagi anggota keluarga MAHATHIR-Siti Hasmah yang paling kaya iaitu:

A. Mirzan bin MAHATHIR - tuanpunya Konsortium Perkapalan, Transmile, FOMEMA dll
B. Muhriz bin MAHATHIR - tuanpunya lebih 55 syarikat
C. Saleha binti Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - tuanpunya lebih 20 syarikat yang terlibat dalam program francais IPT
D. Hashim bin Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - pengelola SUKOM98 yang gagal membawa keuntungan
E. Ahmad Razali bin Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - pengurus Tabung Haji yang memesong wang penyimpan untuk menyelamatkan perniagaan anak-anak saudaranya

Siapakah Mokhzani bin MAHATHIR hingga beliau "berjaya" merompak begitu banyak wang rakyat?

Mokhzani adalah anak ketiga MAHATHIR. Dia mendapat pendidikan di universiti luar negara dan pernah bertugas dengan sebuah syarikat petroleum tempatan. Sewaktu di sana, MAHATHIR mendapati anaknya ini tidak berapa pandai, tetapi keras hati seperti ayahnya. Oleh itu MAHATHIR mengarahkan Qarun Malaysia Daim Zainuddin supaya "menghadiahkan" beberapa kontrak kepada anaknya. Pada masa itu, Daim merupakan Menteri Kewangan. Mokhzani diberi peluang mendapat "saham percuma" dalam beberapa projek yang dianjurkan oleh peniaga Cina yang baru diperniagakan di BSKL. (Ini dipanggil "pink form")

Semua "kekayaan" Mokhzani adalah hasil kronisme dan penipuan MAHATHIR dan Daim Zainuddin. Daim Zainuddin melakukan pemesongan wamng rakyat ini bukan sahaja untuk anak-anak MAHATHIR tetapi juga kepada anak perempuan sulungnya (yang banyak mendapat habuan kontrak pembinaan kompleks kerajaan) dan adik serta anak Sanusi Junid dan Megat Junid Megat Ayob.

Sebenarnya Mokhzani langsung tidak ada kebolehan berniaga. Dia mengupah orang lain untuk menguruskan "perniagaannya" dan tidak pernah membuahkan ideanya sendiri. Apabila kemelesetan ekonomi muncul, Mokhzani kerugian besar dan terpaksa meminta MAHATHIR merompak wang rakyat di KWSP, Tabung Haji dan PNB.

Kebolehan politiknya juga tidak ada. Kemenangannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbuk adalah hasil usaha Cikgu Arzmi Abdul Hamid, Ketua Bahagian UMNO Merbuk yang juga Setiausaha Politik Daim. Cikgu Arzmi diarahkan membayar sebanyak RM 1.5 juta kepada calon-calon yang akan menentang Mokhzani. Aklhirnya anak perompak bermisai tebal itu menang tanpa bertanding!

Mokhzani dilantik oleh Zahid Hamidi sebagai Bendahari Pemuda UMNO kerana dipaksa oleh MAHATHIR. MAHATHIR meminta Najib Tun Razak (bekas "boss") Zahid yang pernah mengambil Zahid sebagai Setiausaha Politiknya) untuk melantik Mokhzani. Zahid patuh, tetapi senjata makan tuan. Kini Zahid merupakan ahli politik yang tidak berparti, tidak berpenyokong dan tidak berpengaruh langsung!

Mokhzani merupakan seorang anak MAHATHIR yang lupa daratan. Sebenarnya kekayaannya malah makanan yang disuapkan ke mulut anak dan isterinya setiap hari hasil daripada usaha ayahnya merompak wang rakyat!

Mokhzani harus dikalahkan dalam pilihanraya umum nanti. Dia akan bertanding sebagai calon Parlimen Merbuk, menggantikan Qarun Malaysia Daim Zainuddin. Pastikan Mokhzani tersungkur! Pastikan si-angkuh ini makan tanah!
 

PESAKIT MATI SELEPAS ALAT KELAMIN PUTUS DIGIGT TIKUS... !

kepada kaum lelaki anda digalakan memakai seluar dari memakai kain sewaktu tidur kalau boleh pakai seluar banyak lapis serta tidur sentiasa dalam keadaan baring ,elak dari tidur terlentang atau terkankang !!!hehehehehehehee

PESAKIT MATI SELEPAS ALAT KELAMIN PUTUS DIGIGT TIKUS... !
Seorang pesakit radang paru-paru atau pneumonia dipercayai mengalami pendarahan teruk sehingga maut akibat alat kelamin lelakinya putus digigit tikus di sebuah hospital kerajaan di Kolkata, di India, demikian menurut laporan sebuah media tempatan.
  
Kejadian menakutkan itu berlaku di Hospital SSKM semalam ke atas Arun Sandhukh, 53, semasa dia menerima rawatan kerana penyakitnya itu, kata akhbar Asian Age.
  
Pihak berkuasa hospital berkenaan mengakui banyak tikus berkeliaran dalam wad namun enggan mengulas lebih lanjut mengenai kejadian tersebut.
  
"Tidak seorangpun jururawat berada bersama pesakit yang mengerang kesakitan. Alat kemaluan lelakinya putus digigit tikus," kata seorang saudara kepada lelaki malang itu yang hanya dikenali sebagai Bishwanath kepada pemberita.
  
Ahli keluarga mangsa yang datang melawat menemui Arun mati berlumuran darah, kata laporan itu.
  
Kejadian malang di hospital yang tidak cukup kelengkapan dan sesak dengan pesakit di Kolkata, ibu negeri Bengala Barat itu telah menarik tumpuan media beberapa minggu kebelakangan ini.
  
Sabtu lalu, seorang pekerja pembersih hospital yang pemabuk di Kolej Perubatan Calcutta dilaporkan telah mencabut topeng oksigen seorang bayi yang berusia tiga minggu mengakibatkan kematiannya.
  

 



Khamis, 22 Disember 2011

kalau macm tu eloklah Hasan Ali tubuhkan parti sendiri



Hassan Ali kata PAS sudah tersasar dan perlu kembali kematalamat asal.Hassan Ali kata PAS sudah terumbang ambing dan tidak konsistem dengan dasar perjuangan.
Hasan Ali kata, Pas mula dikuasai golongan profesional yang lenih cenderung mengamalkan politik AKOMODASI?. HINGGA SANGGUP MENGORBANKAN PRISNSIP PERJUANGAN PARTI.
Hasaan Ali kata kita memperjuangkan kepentingan Melayu, mempertahankan Islam, dan memertabatkan insitiusi Raja raja.
Hassan Ali kata, PAS tidak perlu menjalankan negara berkebajikan yang telah diamalkan oleh pemimpin negara seperti Sweden, Norway, United kingdom, Scandinavia dan Australia yang terdiri daripada golongan pendidikan sekular.

kalau dah  anggapan macm tu...eloklah Hasan Ali ni  tubuhkan parti sendiri ...jadi presiden  boleh laksanakan semua tu .persoalan sekarang dalam setiap parti ada tempatnya untuk dibincang dan dibahaskan ,tetapi kenapa Hasan Ali ni mengunakan media perdana ?
semua surat khabar Utusan Malaysia, berita harian, dan semua media tv dan radio akan jadi berita utama selama hari ,berminggu dan berbulan sebagai  modal serta isu menenatng PAS dan pakatan rakyat oleh UMNO/BN ...inilah yg sebenarnya

elok benar gambar najib ditrunkan buat selama-lamanya

 bukti Umno  dan Najib  menipu rakyat selamanya ..yg  pertama adalah mengenai pindaan akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)yg disebut tertapi Perdana Menteri Najib tidak memberi respons 10 orang rakyat di sabah yg ditahan baru-baru ini.yg kedua mengenai Rang Undang-UndangPerhimpunan Aman di mana Perdana Menteri tidak juga memberi respons.yg ketiga adalah mengenai isu UKM4 baru-baru ini yg jelas mengatakan Auku melanggar Perlembagaan,tetapi kerajaan bertegas mahu merayu dan pada masa sama mengatakan mahu meminda Auku ...

Ahad, 18 Disember 2011

GAY MELAYU BERKAHWIN DUBLIN ?


Seorang pelajar melayu tulin tajaan Petronas seorang gay telah berkahwin sesama jenis
di Dublin Irelend.....
Betul ke ? atau ini hanya lakonan saja....
Dengan berpakaian melayu gagah bertanjak bagaikan HAng Tuah.....
Adakah ini melambangkan melayu sudah maju kedepan..?
Bergambar dibangunan seperti gereja...melambangkan melayu sudah hilang adab..
Adakah Melayu bukan lagi islam...islam bukan lagi melayu.... ?
Walau pun sekiranya ini hanya lakonan bukan begini caranya....




Penafian Tan Sri Rozali Ismail dalam FGVF


Pada saya lebih baik Tan Sri Rozali Ismail menerajui Felda daripada iSa samaT ..Sekurang-kurangnya walau pun Tan Sri Rozali Ismail belum menerajui felda dia sudah ada wawasan ...dia sudah ada BAPAK,GWGF dan sudah banyak masaalah peneroka selesai dengan adanya BAPAK.
isA SomaT sudah hampir setahun pegang jawatan ...apa yang peneroka nampak ?....melainkan kehancuran felda dan dalam Focebook ada yang mengatakan sudah hampir RM1 juta habis untuk keraian yang langsung tak berfaedah...


KUALA LUMPUR, 15 Dis — Tan Sri Rozali Ismail menafikan beliau cuba menghalang proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH), sebaliknya menegaskan, beliau hanya mahukan lebih banyak masa untuk mengkaji sama ada langkah itu akan memanfaatkan para peneroka.

Pengerusi Gabungan Generasi Wawasan Felda ini melahirkan pendirian ini ketika mengumumkan pembentukan satu pakatan bersama Jawatankuasa Pengerusi Perunding Felda (JKPP) untuk mengkaji merit langkah penyenaraian agensi itu di Bursa Malaysia.

Ikatan itu yang dikenali sebagai Gabungan Peneroka Generasi Wawasan Felda Kebangsaan (Gempak) akan meneliti dengan mendalam kandungan cadangan dengan pakar runding bebas dan juga akan bertindak sebagai perantara antara FGVH dan para peneroka, kata Rozali.

“Masalahnya ialah soal penerangan tidak terurus. Sekarang ia mudah. Felda Global boleh datang kepada kami dan membuat penjelasan, hanya satu pihak. Jadi, kami akan berurusan dengan mereka.

“Sehingga kami memahami cadangan penyenaraian, kami tidak akan ya atau tidak. Saya berharap Felda Global Ventures dan Felda akan memahami kekangan kami,” kata beliau.

Rozali juga menafikan beliau mahu menggantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda Holdings.

“Persoalan mengenai jawatan tidak timbul buat saya. Kami bekerja untuk melindungi kepentingan Felda dan generasi semasa dan akan datang.

“Perdana menteri akan memutuskan soal jawatan. Apa juga keputusan dibuat, kami tidak ada masalah,” katanya lagi.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa bekas pengerusi Felda Tan Sri Yusof Noor Yusof dan Rozali kemungkinan bergandingan dengan pembangkang dalam menentang penyenaraian FGVH.

Katanya, beliau ada maklumat Rozali, yang juga Pengerusi Eksekutif Syabas menyasarkan jawatan pengerusi Felda.

Langkah penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 Oktober lalu.

Sebelum ini wakil peneroka juga mendesak Najib menangguhkan penyenaraian itu atas alasan maklumat tidak mencukupi.

Pertubuhan Anak juga mengambil pendirian yang sama dengan berkata usaha sedemikian akan merugikan Felda dan peneroka sendiri dalam jangka panjan

Jumaat, 16 Disember 2011

"Rakyat Malaysia dan dunia amnya tinggal tahun 2011 dan menyambut kedatangan tahun 2012 dengan seribu kenangan indan dan seribu kepahitan hidup. Malaysia menyambut tahun 2012 dengan imbuhan wang RM500 setiap ketua keluarga dibawah pendapatan RM300.

Nampaknya bagus kerajaan BN/UMNOapco dikatakan perihatin. Hakikaynya BN/UMNO mengharap rakyat malaysia terutama bangsa Melayu memberi undi kepada BN/UMNO PRU13 bakal berlaku sekitar bulan March 2012. Rakyat Malaysia jangan nudah terpedaya dengan wang RM500 diberi secara one-off.

Sepatutnya BN/UMNO mahu menolong rakyat malaysia ialah dengan cara yang berkesan dan berdaya tinggi ialah dengan MENURUNKAN HARGA BAHAN BAKAR DAN MENURUNKAN GAS MEMMASAK SELURUH PENGGUNA DI MALAYSIA.

Kerajaan BN/UMNO belanja RM2.8 billion untuk memberi wang RM500 kepada rakyat Malaysia berjumlah 6.5 juta keluarga. berpendapatan dibawah RM3000. Satu bentuk atau cara yang bodoh dan tidak berkesan untuk mengurangkan keperitan hidup sepanjang tahun 2012.

Dalam masa yang sama BN/UMNO dibayangi isu lembu NFC RM250 juta. Beg Rosmah Mansor bini PM Najib berharga RM2.5 juta dan cincin Rosmah RM24 juta. Najib dan Rosmah bercuti menggunakan wang kerajaan ratusan juta ringgit secara tidak sah/ kegunaan secar peribadi yang berselindung dengan nama tugas rasmi.

Yang malang paling malang rakyat Terengganu kerajaan BN/UMNO tidak menghadiahkan kepada Sultan Terengganu dan rakyat Terengganu slepas Sulatan Terengganu menamatkan tugasa menjadi Agung dengan mengembalikan wang royalti minyak kepada akaun kerajaan Terengganu secara bertulis dan bukti nyata.

Secaraamnya RM500 hanya sebagai perihatin yang berwajahkan beruk dan tangisan airmata buaya. Dalam masa pemimpin BN/UMNO tipu rakyat dan makan wang rasuah dengan apa jua cara atau methodnya.

Ahad, 11 Disember 2011

jelik dan menjijikan itulah boleh di katakan kepada sekumpulan lelaki melayu yang berhati binatang yang tergamak membelasah seorang lelaki yang di katakan teman lelaki kepada seorang wanita yang juga menjadi mangsa rogol berkumpulan


rakaman video 3gp yang di dirakam selama 34 saat,kini tersebar di youtube,rakaman bekenaan menunjukan detik cemas yang menimpa pasangan terbabit apabila si lelaki terbabit di belasah oleh sekumpulan lelaki,dan seorang gadis cuba di rogol salah seorang antara mereka



aksi belasah dan rogol ini dirakam oleh salah seorang kumpulan terbabit dengan dana ghairah dan gelak ketawa,mengikut rakaman hp 3gp 34 saat ini dipercayai mangsa ,teman wanitanya dan juga suspek adalah berbangsa melayu mengikut bahasa yang di gunakan


video ini yang di muat turun di laman youtube oleh pengguna yang bernama sukacarihantu bertarikh 5 mei 2011 di percayai di pemilik akaun cuba mendedahkan rakaman 3gp terbabit mengenai kedua dua pasangan terbabit yang menjadi mangsa rakus


b99:benar atau tidak rakaman ini harus di siasat statusnya kerana ia menunjukan satu aksi adengan jenayah yang jelas menunjukan berapa kurangnya moral muda mudi yang berani melakukan jenayah rakus dan merakamnya melalui hp

Jumaat, 2 Disember 2011

Umno parti perkauman ...UMNO DAN BAPAK MUDAH LUPA....

 

Ikhwan akan perintah Mesir!!

Di mana-mana pun dalam dunia, bila rakyat marah, pemimpin jahat digantikan. Tetapi yang menjadi hakikat, perjuangan rakyat dirogol oleh sang pengganti.

Kadang-kadang, rakyat bangkit secara spontan. Tak ada pemimpin. Penggerak-penggerak kebangkitan di jalanan pula bukan muka-muka popular. Ketika itu, munculllah pemimpin-pemimpin parti pembangkang berlagak macam pencetus kebangkitan. Tanpa berbuat apa-apa, duduk tak duduk mereka dinobatkan sebagai hero oleh penyokong-penyokong mereka sendiri.

Ketika gelora reformasi di Indonesia, wujud istilah pahlawan kesiangan. Lebih kurang nak bagi faham fasal pahlawan kesiangan lagu ni: Orang lain dah beramuk lama dah dengan musuh, dia dok main selimut lagi. Tiba-tiba dalam pukul 11.00 pagi, dia melompat keluaq dari tempat tidoq dia. "Haa! Huu! Haa!" dia menjerit sakan. Bukan buat apa pun, buat bising ja. Konon-konon dia mengamuk sakan la tu. Para pengikut dia yang dah laluk dengan 'asabiyyah terhadapnya lalu menjerit, "Tu dia! Pemimpin kita tak duduk diam! Mu tengok! Dia mengamuk! Dia mengamuk! Mu tengok tuu!!"

Saya teringat kecaman Pramoedya Ananta Toer terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang Indonesia yang menunggangi reformasi negara itu. Untuk memahami kegelisahan seperti itu, sila baca pendapatnya terhadap Megawati Sukarnoputri dalam majalah

Isu Lembu Fidlot: Perwakilan Pahang Minta Pemimpin UMNO Jangan Cetus Kontroversi
Jangan buat kontroversi, susah kami nanti’

KUALA LUMPUR: Pemimpin atasan Umno diingatkan supaya mengelakkan diri daripada dibelenggu pelbagai kontroversi.

Perwakilan Umno Pahang Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata keadaan itu akan menyusahkan pemimpin di peringkat Bahagian sepertinya untuk menjelaskan perkara sebenar kepada ahli bawahan yang lain.

Katanya, ini termasuk skandal projek lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan Ketua Wanita Umno yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

“Kepada pemimpin tolong jangan buat kontroversi. Kami yang dibawah ni payah nak jawab. Salah satunya isu NFC…..sudah cukuplah sampai sini,” katanya ketika membahaskan usul ucapan Presiden di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Selain itu, beliau berpendapat Umno kini perlu menggunakan media baru sepenuhnya termasuk laman sosial Facebook dan Twitter untuk menyebarkan dakyah politik. Umno kini tidak lagi perlu terlalu bergantung kepada akhbar cetak untuk memainkan peranannya.

Wan Amizan turut menyentuh isu Felda dengan membidas pembangkang yang memanipulasi isu nasib peneroka.

Katanya, peneroka perlu bersyukur kerana dengan bantuan mantan Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang berjaya tingkatkan taraf hidup orang Melayu melalui Felda.

Katanya, melalui kerajaan Umno-Barisan Nasional peneroka mampu mendapat keuntungan sehingga mencecah RM10,000 sebulan berbanding pada zaman 70-an yang hanya RM69.90.

“Sekarang ni tanyalah di mana-mana, di setiap rumah peneroka sekurang-kurangnya lima daripada anak mereka memiliki Ijazah,” katanya. -

Mrengapa Wakil Wanita Umno Dari Perak Ini Marah Sangat..??

Bercakap kepada The Malaysian Insider selepas persidangan mereka, beberapa pemimpin Wanita Umno mengakui bahawa Shahrizat sudah menjadi “liabiliti” kepada parti tersebut dan beliau keluar sebelum skandal NFC “menghancurkan kami semua.”(Gambar Wanita Umno Terjojol Hanya Hiasan)
Bagaimanapun menurut mereka, kebanyakan perwakilan akan merasa “amat takut” untuk bercakap mengenai ketua mereka bimbang boleh hilang jawatan dalam parti.
“Beliau (Shahrizat) menggunakan Wanita Umno untuk melindungi beliau tetapi isu (NFC) bukan isu Wanita (Umno) tetapi adalah bersifat peribadi melibatkan beliau dan keluarganya.
“Sebagai ahli Wanita Umno, saya sangat kecewa. Ramai daripada kami kecewa. Mengapa mengheret kami ke dalam isu ini?” kata seorang perwakilan Wanita Umno dari Perak.
Perwakilan itu menambah beliau sebenarnya terus duduk apabila lautan perwakilan bangun memberi tempukan kepada Shahrizat ketika berucap menutup persidangan.
Katanya, Shahrizat sepatutnya menjelaskan isu berkenaan kepada perwakilan berbanding memikat sokongan dengan hanya mendakwa skandal itu adalah taktik pembangkang mahu melemahkan Wanita Umno.
“Jangan lupa, orang yang pertama mendedahkan isu mengenai kelemahan NFC ialah Ketua Audit Negara, bukannya pembangkang. Jangan mengapa menyerang pembangkang untuk menutup kelemahan kita sendiri,” kata beliau lagi.
“Tetpi kebanyakan ahli Wanita Umno tidak tahu isu berkenaan NFC. Itu sebabnya mereka bangun menyokong beliau. Mereka tidak tahu isu. Wanita Umno, mereka adalah begitu,” kata perwakilan dari Perak. Pemimpin kanan Wanita Umno ini juga menasihatkan The Malaysian Insider agar bertemu dengan perwakilan secara peribadi dan kebanyakannya, menurut beliau akan bersetuju bahawa Shahrizat perlu memikul tanggungjawab dalam isu NFC.
“Tolonglah, mereka faham. Dia suami kamu. Apa yang anda cakap, ia tiada kaitan dengan anda? Jika anda bukan menteri, adakah anda rasa boleh dapat projek ini?” katanya.
Apabila ditanya sama ada Shahrizat harus dianggap sebagai liabiliti kepada Umno sekarang, kedua-dua pemimpin ini sama-sama bersetuju.
“Sudah tentu. Ada yang sudah memberitahu perdana menteri, jangan adakan pilihan raya selepas Tahun Baru Cina sebab isu NFC ini tidak akan mati. Ia tidak akan dilupakan dalam tempoh satu atau dua bulan ini,” katanya lag

Guru Kafa Pulau Pinang Diberikan Lagi Imbuhan M300

 

Seberang Jaya: Seramai 1,394 orang guru kelas agama dan fardu ain (Kafa) seluruh Pulau Pinang senyum lebar apabila mendapat lagi imbuhan RM300 seorang daripada Kerajaan Negeri.

Pemberian itu sekaligus melengkapkan janji bonus RM600 kepada guru-guru Kafa seperti yang dijanji Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui Pakatan Rakyat.

Ianya juga sebagai tanda penghargaan kepada tenaga dan pengorbanan warga pendidik yang yang telah mendidik anak-anak bangsa untuk menjadi insan yang berguna pada negara.

Bayaran awal RM300 sebelum ini dibayar sebelum menjelang Aidil Fitri lalu.

Untuk tujuan memberikan bonus itu, kerajaan negeri telah membelanjakan keseluruhan melebihi RM500 ribu.

Ramai guru mengucapkan terima kasih serta meluahkan rasa gembira kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Kata mereka, walaupun beliau bukan Islam namun tidak jemu-jemu memastikan para guru Kafa diberikan perhatian yang sewajarnya.

Semasa ditemuiada yang menggangap pemberian itu satu petanda bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat tetap mengutamakan pendidikan Islam berbanding di era Barisan Nasional (BN) yang menganak tirikan persekolahan yang berteraskan Islam.

Seorang guru Kafa dari Sungai Dua, Tasek Gelugor, Puan Fatimah Ismail memberitahu langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri sekarang amat sesuai tambahan lagi di waktu penghujung tahun.

"Apa yang Kerajaan Negeri berikan kami ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Banyak kami boleh gunakan terutamanya di penghujung tahun," ujarnya. -HD

Selasa, 29 November 2011

SEKOLAH HARAPAN TERIMA BAGI 1 HIJRAH

JASIN-Seorang penghuni Sekolah Harapan,di sini selamat melahirkan seorang bayi lelaki yg kebetulan jatuh pada tahun hijrah 1433,kemarin .remaja berusia 18 tahun itu melahirkan bayi dengan berat 2.3 kilogram pada 10 .09 malam di hospital Melaka.pengurusi Sekolah Harapan,Datuk Ab Rahaman Ab Karim berkata,kelahiran Bayi itu pada 1 Muaharam mempunyai keistimewaan tersendiri di sebalik tahun baru Hijrah ....

apa yg nak bangga sangat ...yelah bayi tu yg istimewa  sebab dia lahir kebetulan pada 1 muharam ,tapi remaja yg terlanjur tu pun kena insaf dan bertaubat diatas kesalahan nya ..

Isnin, 28 November 2011

Kerajaan Melaka Bijak: Berhutang Pandai, BAYAR TIDAK

Kerajaan Negeri Melaka disifatkan paling bijak dalam Malaysia kerana pandai berhutang tetapi tidak pandai membayarnya.

Sehingga 2010, Ketua Audit Negara melaporkan bahawa hutang negeri Melaka sudah menjangkau lebih dari RM800 juta. Hutang Melaka meningkat lebih dari RM200juta berbanding pada tahun 2009. Apa yang lebih menarik kerajaan negeri tidak membayar satu sen pun hutangnya kepada kerajaan pusat pada tahun 2010.

yelah ....Kerajaan Negeri PR seperti Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan disifatkan tidak pandai memerintah kerana berjaya membayar hutang mereka setiap tahun....UMNOK jelah yg pandai dalam dunia ni ...orang lain tak boleh .

Pendaftaran Pelajar PASTI 2012 kini dibuka di Rembau



PENDAFTARAN KINI DIBUKA
PASTI Al Ahmadi
No 86, Jalan CU3
Taman Chembong Utama
Rembau, Negeri Sembilan
Untuk pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun

Untuk pertanyaan atau pendaftaran sila hubungi Cikgu Tarwiah 014-2268907 , 014-2268837

Sila layari Blog PASTI N.Sembilan di http://pasti-n9.blogspot.com/

Kelebihan PASTI di Negeri Sembilan :
- Kurikulum 5M – Membaca, Menulis, Mengira, Menghafaz, Mengamal
- Lebih 50 cawangan seluruh N.Sembilan
- Sukatan pelajaran sistematk dengan guru yang terlatih
- Konsep Tadika Islam
- Penekanan seimbang Akademik dan Akhlak
- Asas Al Quran dan Doa Harian
- Amali dan Praktikal Ibadah
- Aktiviti Sukan dan Riadah
- Yuran yang berpatutan

Waktu Pembelajaran
8.30 pagi – 12.00 tgh (Isnin - Khamis)
8.30 pagi - 11.30 pagi (Jumaat)

Matapelajaran
Komunikasi Asas : Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa
Inggeris
Matematik
Akhlak, Sirah,dan Asas Ibadah
Kesihatan dan Pendidikan Jasmani
Al Quran dan Tulisan Jawi

Objektif PASTI
Melahirkan generasi muslim yang beriman dan bertakwa
Mendidik anak-anak budaya pembelajaran secara Islam
Pendidikan Pra-Sekolah yang berteraskan Falsafah Pendidikan Islam

Masa depan anak-anak kita bergantung kepada pendidikan usia muda mereka. Ketinggian mutu kreativiti daya intelek, keluhuran akhlak, kemantapan iman dan ketakwaan mereka mencerminkan sejauh mana kejayaan generasi hari ini yang dipertanggungjawabkan untuk membentuk mereka menjadi generasi soleh yang cemerlang.

Hina peneroka  JKPP Felda mahu saman Isa


AMPANG: Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Felda memberi tempoh 14 hari kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran dakwaan mengeluarkan kenyataan menghina peneroka.

Kata-kata penghinaan itu didakwa diucapkan Isa semasa sesi penerangan kepada perwakilan Koperasi Permodalan Felda (KPF) di Melang Inn Kuala Pilah baru-baru ini.

"Kita telah melantik peguam untuk menuntut Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 14 hari dan menyiarkannya sekurang-kurangnya di lima buah akhbar.

"Jika enggan memohon maaf, kita akan meneruskan tindakan saman terhadap beliau," kata Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang juga Naib Pengerusi JKPP Wilayah Johor Bahru, Shamsuddin Othman (kiri).

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di sebuah hotel di sini hari ini.

Kira-kira 15 anggota mereka turut serta pada sidang media itu termasuk pimpinan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda yang diketuai Azizah Bahari.

Dalam rakaman ucapan yang turut ditayangkan kepada media, Isa dilihat mengeluarkan kenyataan seperti "jika budak kecil, saya dah lempang", "munafik", "pembohong", "penipu" dan "jika saya jumpa saya akan lutu (ketuk) dia".

Dia juga secara jelas menujukan kenyataan-kenyataan itu kepada Shamsuddin yang disebutnya dalam ucapan itu dengan nama "Pak Sam".

Bagaimanapun tindakan Isa itu dianggap menghina seluruh peneroka kerana Shamsuddin adalah ketua peneroka Felda kebangsaan yang mewakili seluruh peneroka.

Menurut Shamsuddin lagi, penghinaan oleh Isa terhadapnya itu dipercayai ada kaitan dengan tindakannya yang mempersoal prolehan Felda yang hanya akan mendapat RM500 juta setahun selepas memajak 360,000 tanah kepada Felda Global Ventures untuk disenaraikan.

Sedangkan pendapatan Felda daripada tanah-tanah itu sekarang ini sekitar RM2 billion setahun.

"Ini kali pertama dalam sejarah, pengerusi Felda hina peneroka, tak pernah berlaku sebelum ini," katanya.

Selain itu dalam video itu juga, Isa secara tersekat-sekat menggelarkan 'JKPP' sebagai 'JKK'.

"Setelah hampir setahun bertugas tetapi masih tidak mengetahui nama dan fungsi JKPP membuktikan Tan Sri Isa tidak layak menerajui Felda," katanya.

Khamis, 24 November 2011

                                           Akta Baru Akan Menggagalkan Bersih 3.0?
makan malam dan ceramah perdana di kuala pilah semua dijemput hadir...
 Dengar ni, wahai ulama'-ulama UMNO !!!

"Kenapa umat Islam, hatta di kalangan ulama-ulama terbuang di Malaysia, tidak bersependapat dan sepakat dalam hal pelaksanaan hukum hudud? Malah mereka dilihat bertentangan antara satu sama lain. Seolah-olah hukum hudud itu ada pilihan untuk melaksanakannya atau tidak melaksanakannya. Berikutan kecelaruan itu,
Dato' Dr. Haron Din : Berlainan dan percanggahan pendapat dalam Islam adalah perkara lumrah dari dahulu hingga sekarang. Bagaimanapun perlulah diketahui bahawa berlainan pendapat itu, ada yang diharuskan syarak dan ada yang dilarang. Malah ada yang amat-amat dilarang.

Yang diharuskan adalah pada perkara-perkara/ furu'iyyah (masalah-masalah cabang) yang tidak ada nas syarak yang memastikannya. Adapun yang diharuskan berkhilaf, adalah pada ruang berijtihad pada perkara yang ada tiada nas syarak, tidak ada ayat yang menetapkan hukumnya. Lebih-lebih lagi pada perkara yang baru timbul, di mana tidak pernah berlaku sebelum ini.

Contoh jelas yang diharuskan berkhilaf. Seperti bila mana sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W tidak bersependapat, sama ada hendak menghimpun dan menulis semula Al Quran. Abu Bakar As Siddiq R.A berpendapat tidak boleh dibuat kerana Rasulullah S.A.W tidak melakukannya dan tidak pernah ada suruhan melakukannya. Oleh kerana itu beliau berpendapat, ia tidak boleh dilakukan. Manakala Umar Al Khattab R.A berpendapat, perlu dilaksanakan usaha pengumpulan dan penulisan Al Quran kerana dibimbangi akan hilang daripada hafalan ummah. Sebabnya pernah berlaku, ramai penghafal Al Quran yang terkorban syahid. Generasi kemudian akan kehilangan Al Quran. Setelah mereka bertelagah, akhirnya mereka bersetuju perlu dihirnpun dan ditulis semula Al Quran.

Demikian juga mereka bertelagah dalam memilih seorang ketua negara untuk menggantikan Rasulullah S.A.W, bagi meneruskan pemerintahan Islam. Mereka bertelagah pada memilih orang, yang akhirnya mereka bersetuju memilih Abu Bakar As Siddiq.

Dalam permasalahan hudud, perlu atau tidak melaksanakannya, telah dijawab oleh amalan Rasulullah S.A.W, para sahabat dan juga as-salafussoleh. Perlu melaksanakannya. Mereka tidak pernah bertelingkah kerana wujud nas-nas syarak yang amat jelas, menyuruh kita, khasnya pihak berkuasa agama, pada setiap generasi, pada setiap negara, wajib melaksanakannya.

Sepatutnya tidak berlaku pertentangan pendapat di kalangan ulama-ulama muktabar, khasnya ulama 'amilin (yang beramal dengan ilmunya), jika kesemua mereka benar-benar takutkan Allah dan melaksanakan perintah Allah. Bagaimanapun jika ada di kalangan mereka, yang takut akan kehilangan maslahat keduniaan, daripada kemurkaan Allah Taala dan azabnya, maka akan berlakulah apa yang anda ajukan pada persoalan di atas, bahawa ada ulama bertelingkah.

Setiap satu dalam kesalahan hudud (mencuri, merompak, berzina, menuduh zina, meminum arak, murtad) semuanya telah ditetapkan Allah hukumannya di dalam Al Quran (dan terang hukumnya) dan juga hadis-hadis sahih, maka pelaksanaannya adalah wajib
KEADILAN lancar ‘Janji Palong’ bela peneroka Felda
 
JEMPOL 22 Nov 2011 : KEADILAN melancarkan manifesto warga Felda peringkat kebangsaan yang dikenali sebagai ‘Janji Palong’ bagi membela hak peneroka yang selama ini diabai kerajaan Umno-Barisan Nasional.
 
Manifesto itu dilancarkan oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan warga Felda yang diadakan di Felda Palong 6 di sini malam tadi.
 
Program tersebut berjaya menarik kehadiran lebih 2,000 peneroka Felda di sekitar gugusan Felda Palong.
 
Anwar dalam ucapannya memuji usaha yang dilakukan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN (BMFOAK), dalam memperjuangkan hak peneroka yang ditindas oleh Felda di Gugusan Felda Palong dan sekitar Jempol.
 
Turut hadir dan memberi ucapan pada majlis itu Pengerusi BMFOAK, Suhaimi Said, Timbalan Pengerusi, T Kumar dan Setiausahanya, Rebin Birham.
 
Sebelum ini sebanyak lapan kes saman ke atas Felda yang melibatkan peneroka Felda Palong, Felda Serting dan Felda Jengka (Pahang) telah difailkan di Mahkamah yang dikendalikan oleh BMFOAK.
 
Janji Palong mengandungi 6 elemen penting di dalam perjuangan KEADILAN membela nasib Peneroka Felda dan Generasi Baru Felda.
 
Pertama, memansuhkan Felda Plantation seperti yang terkandung dalam Buku Jingga.
 
Kedua, menawarkan 830,000 ekar tanah Felda Plantation kepada 83,000 peneroka baru yang terdiri daripada generasi baru Felda.
 
Ketiga, berjanji membangunkan perumahan mampu milik untuk generasi baru yang menetap di kawasan Felda.
 
Keempat, menamatkan penipuan Kadar Perahan Gred (KPG) yang memerah hasil peneroka Felda.
 
Kelima, mengisytiharkan hutang Peneroka yang akan ditolak daripada pendapatan mengikut kiraan sebenar.
 
Dan keenam, pemberian insentif kepada peneroka tanam semula secara individu tanpa mengharapkan bantuan dan penggantungan kepada Felda

 

Isnin, 21 November 2011

Ramai pihak memperkatakan mengenai isu negatif, isu murtad, isu seksualiti merdeka, isu gejala buang bayi, isu penyalahgunaan kuasa, isu rasuah, isu dadah dan sebagainya. Semuanya negatif belaka, begitu kurang digembar gemburkan isu positif, seperti ulama Negeri Sembilan yang merupakan tokoh saintis, tokoh matematik, tokoh trigonometri yang paling hebat di Malaysia yang boleh mengalahkan barisan para professor di universiti."

"UMNO tidak membuat apa-apa kemajuan yang berkesan sejak Pilihanraya umum 2008 dan tidak dapat untuk mendapatkan sokongan daripada orang Melayu, kata Tun Mahathir melalui menjelang Perhimpunan Agung UMNO melalui temubual Utusan Malaysia."UMNO sudah menjadi rosak dengan teruk apabila Tun Abdullah Badawi mengambil alih. Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi pertuduhan rasuah dan pelbagai lagi. "

salam perkenalan.....

assalamualaikum n salam sejahtera.......