Ahad, 18 Disember 2011

GAY MELAYU BERKAHWIN DUBLIN ?


Seorang pelajar melayu tulin tajaan Petronas seorang gay telah berkahwin sesama jenis
di Dublin Irelend.....
Betul ke ? atau ini hanya lakonan saja....
Dengan berpakaian melayu gagah bertanjak bagaikan HAng Tuah.....
Adakah ini melambangkan melayu sudah maju kedepan..?
Bergambar dibangunan seperti gereja...melambangkan melayu sudah hilang adab..
Adakah Melayu bukan lagi islam...islam bukan lagi melayu.... ?
Walau pun sekiranya ini hanya lakonan bukan begini caranya....




Penafian Tan Sri Rozali Ismail dalam FGVF


Pada saya lebih baik Tan Sri Rozali Ismail menerajui Felda daripada iSa samaT ..Sekurang-kurangnya walau pun Tan Sri Rozali Ismail belum menerajui felda dia sudah ada wawasan ...dia sudah ada BAPAK,GWGF dan sudah banyak masaalah peneroka selesai dengan adanya BAPAK.
isA SomaT sudah hampir setahun pegang jawatan ...apa yang peneroka nampak ?....melainkan kehancuran felda dan dalam Focebook ada yang mengatakan sudah hampir RM1 juta habis untuk keraian yang langsung tak berfaedah...


KUALA LUMPUR, 15 Dis — Tan Sri Rozali Ismail menafikan beliau cuba menghalang proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH), sebaliknya menegaskan, beliau hanya mahukan lebih banyak masa untuk mengkaji sama ada langkah itu akan memanfaatkan para peneroka.

Pengerusi Gabungan Generasi Wawasan Felda ini melahirkan pendirian ini ketika mengumumkan pembentukan satu pakatan bersama Jawatankuasa Pengerusi Perunding Felda (JKPP) untuk mengkaji merit langkah penyenaraian agensi itu di Bursa Malaysia.

Ikatan itu yang dikenali sebagai Gabungan Peneroka Generasi Wawasan Felda Kebangsaan (Gempak) akan meneliti dengan mendalam kandungan cadangan dengan pakar runding bebas dan juga akan bertindak sebagai perantara antara FGVH dan para peneroka, kata Rozali.

“Masalahnya ialah soal penerangan tidak terurus. Sekarang ia mudah. Felda Global boleh datang kepada kami dan membuat penjelasan, hanya satu pihak. Jadi, kami akan berurusan dengan mereka.

“Sehingga kami memahami cadangan penyenaraian, kami tidak akan ya atau tidak. Saya berharap Felda Global Ventures dan Felda akan memahami kekangan kami,” kata beliau.

Rozali juga menafikan beliau mahu menggantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda Holdings.

“Persoalan mengenai jawatan tidak timbul buat saya. Kami bekerja untuk melindungi kepentingan Felda dan generasi semasa dan akan datang.

“Perdana menteri akan memutuskan soal jawatan. Apa juga keputusan dibuat, kami tidak ada masalah,” katanya lagi.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa bekas pengerusi Felda Tan Sri Yusof Noor Yusof dan Rozali kemungkinan bergandingan dengan pembangkang dalam menentang penyenaraian FGVH.

Katanya, beliau ada maklumat Rozali, yang juga Pengerusi Eksekutif Syabas menyasarkan jawatan pengerusi Felda.

Langkah penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 Oktober lalu.

Sebelum ini wakil peneroka juga mendesak Najib menangguhkan penyenaraian itu atas alasan maklumat tidak mencukupi.

Pertubuhan Anak juga mengambil pendirian yang sama dengan berkata usaha sedemikian akan merugikan Felda dan peneroka sendiri dalam jangka panjan