Jumaat, 2 Disember 2011

Umno parti perkauman ...UMNO DAN BAPAK MUDAH LUPA....

 

Ikhwan akan perintah Mesir!!

Di mana-mana pun dalam dunia, bila rakyat marah, pemimpin jahat digantikan. Tetapi yang menjadi hakikat, perjuangan rakyat dirogol oleh sang pengganti.

Kadang-kadang, rakyat bangkit secara spontan. Tak ada pemimpin. Penggerak-penggerak kebangkitan di jalanan pula bukan muka-muka popular. Ketika itu, munculllah pemimpin-pemimpin parti pembangkang berlagak macam pencetus kebangkitan. Tanpa berbuat apa-apa, duduk tak duduk mereka dinobatkan sebagai hero oleh penyokong-penyokong mereka sendiri.

Ketika gelora reformasi di Indonesia, wujud istilah pahlawan kesiangan. Lebih kurang nak bagi faham fasal pahlawan kesiangan lagu ni: Orang lain dah beramuk lama dah dengan musuh, dia dok main selimut lagi. Tiba-tiba dalam pukul 11.00 pagi, dia melompat keluaq dari tempat tidoq dia. "Haa! Huu! Haa!" dia menjerit sakan. Bukan buat apa pun, buat bising ja. Konon-konon dia mengamuk sakan la tu. Para pengikut dia yang dah laluk dengan 'asabiyyah terhadapnya lalu menjerit, "Tu dia! Pemimpin kita tak duduk diam! Mu tengok! Dia mengamuk! Dia mengamuk! Mu tengok tuu!!"

Saya teringat kecaman Pramoedya Ananta Toer terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang Indonesia yang menunggangi reformasi negara itu. Untuk memahami kegelisahan seperti itu, sila baca pendapatnya terhadap Megawati Sukarnoputri dalam majalah

Isu Lembu Fidlot: Perwakilan Pahang Minta Pemimpin UMNO Jangan Cetus Kontroversi
Jangan buat kontroversi, susah kami nanti’

KUALA LUMPUR: Pemimpin atasan Umno diingatkan supaya mengelakkan diri daripada dibelenggu pelbagai kontroversi.

Perwakilan Umno Pahang Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata keadaan itu akan menyusahkan pemimpin di peringkat Bahagian sepertinya untuk menjelaskan perkara sebenar kepada ahli bawahan yang lain.

Katanya, ini termasuk skandal projek lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan Ketua Wanita Umno yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

“Kepada pemimpin tolong jangan buat kontroversi. Kami yang dibawah ni payah nak jawab. Salah satunya isu NFC…..sudah cukuplah sampai sini,” katanya ketika membahaskan usul ucapan Presiden di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Selain itu, beliau berpendapat Umno kini perlu menggunakan media baru sepenuhnya termasuk laman sosial Facebook dan Twitter untuk menyebarkan dakyah politik. Umno kini tidak lagi perlu terlalu bergantung kepada akhbar cetak untuk memainkan peranannya.

Wan Amizan turut menyentuh isu Felda dengan membidas pembangkang yang memanipulasi isu nasib peneroka.

Katanya, peneroka perlu bersyukur kerana dengan bantuan mantan Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang berjaya tingkatkan taraf hidup orang Melayu melalui Felda.

Katanya, melalui kerajaan Umno-Barisan Nasional peneroka mampu mendapat keuntungan sehingga mencecah RM10,000 sebulan berbanding pada zaman 70-an yang hanya RM69.90.

“Sekarang ni tanyalah di mana-mana, di setiap rumah peneroka sekurang-kurangnya lima daripada anak mereka memiliki Ijazah,” katanya. -

Mrengapa Wakil Wanita Umno Dari Perak Ini Marah Sangat..??

Bercakap kepada The Malaysian Insider selepas persidangan mereka, beberapa pemimpin Wanita Umno mengakui bahawa Shahrizat sudah menjadi “liabiliti” kepada parti tersebut dan beliau keluar sebelum skandal NFC “menghancurkan kami semua.”(Gambar Wanita Umno Terjojol Hanya Hiasan)
Bagaimanapun menurut mereka, kebanyakan perwakilan akan merasa “amat takut” untuk bercakap mengenai ketua mereka bimbang boleh hilang jawatan dalam parti.
“Beliau (Shahrizat) menggunakan Wanita Umno untuk melindungi beliau tetapi isu (NFC) bukan isu Wanita (Umno) tetapi adalah bersifat peribadi melibatkan beliau dan keluarganya.
“Sebagai ahli Wanita Umno, saya sangat kecewa. Ramai daripada kami kecewa. Mengapa mengheret kami ke dalam isu ini?” kata seorang perwakilan Wanita Umno dari Perak.
Perwakilan itu menambah beliau sebenarnya terus duduk apabila lautan perwakilan bangun memberi tempukan kepada Shahrizat ketika berucap menutup persidangan.
Katanya, Shahrizat sepatutnya menjelaskan isu berkenaan kepada perwakilan berbanding memikat sokongan dengan hanya mendakwa skandal itu adalah taktik pembangkang mahu melemahkan Wanita Umno.
“Jangan lupa, orang yang pertama mendedahkan isu mengenai kelemahan NFC ialah Ketua Audit Negara, bukannya pembangkang. Jangan mengapa menyerang pembangkang untuk menutup kelemahan kita sendiri,” kata beliau lagi.
“Tetpi kebanyakan ahli Wanita Umno tidak tahu isu berkenaan NFC. Itu sebabnya mereka bangun menyokong beliau. Mereka tidak tahu isu. Wanita Umno, mereka adalah begitu,” kata perwakilan dari Perak. Pemimpin kanan Wanita Umno ini juga menasihatkan The Malaysian Insider agar bertemu dengan perwakilan secara peribadi dan kebanyakannya, menurut beliau akan bersetuju bahawa Shahrizat perlu memikul tanggungjawab dalam isu NFC.
“Tolonglah, mereka faham. Dia suami kamu. Apa yang anda cakap, ia tiada kaitan dengan anda? Jika anda bukan menteri, adakah anda rasa boleh dapat projek ini?” katanya.
Apabila ditanya sama ada Shahrizat harus dianggap sebagai liabiliti kepada Umno sekarang, kedua-dua pemimpin ini sama-sama bersetuju.
“Sudah tentu. Ada yang sudah memberitahu perdana menteri, jangan adakan pilihan raya selepas Tahun Baru Cina sebab isu NFC ini tidak akan mati. Ia tidak akan dilupakan dalam tempoh satu atau dua bulan ini,” katanya lag

Guru Kafa Pulau Pinang Diberikan Lagi Imbuhan M300

 

Seberang Jaya: Seramai 1,394 orang guru kelas agama dan fardu ain (Kafa) seluruh Pulau Pinang senyum lebar apabila mendapat lagi imbuhan RM300 seorang daripada Kerajaan Negeri.

Pemberian itu sekaligus melengkapkan janji bonus RM600 kepada guru-guru Kafa seperti yang dijanji Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui Pakatan Rakyat.

Ianya juga sebagai tanda penghargaan kepada tenaga dan pengorbanan warga pendidik yang yang telah mendidik anak-anak bangsa untuk menjadi insan yang berguna pada negara.

Bayaran awal RM300 sebelum ini dibayar sebelum menjelang Aidil Fitri lalu.

Untuk tujuan memberikan bonus itu, kerajaan negeri telah membelanjakan keseluruhan melebihi RM500 ribu.

Ramai guru mengucapkan terima kasih serta meluahkan rasa gembira kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Kata mereka, walaupun beliau bukan Islam namun tidak jemu-jemu memastikan para guru Kafa diberikan perhatian yang sewajarnya.

Semasa ditemuiada yang menggangap pemberian itu satu petanda bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat tetap mengutamakan pendidikan Islam berbanding di era Barisan Nasional (BN) yang menganak tirikan persekolahan yang berteraskan Islam.

Seorang guru Kafa dari Sungai Dua, Tasek Gelugor, Puan Fatimah Ismail memberitahu langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri sekarang amat sesuai tambahan lagi di waktu penghujung tahun.

"Apa yang Kerajaan Negeri berikan kami ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Banyak kami boleh gunakan terutamanya di penghujung tahun," ujarnya. -HD