Khamis, 24 November 2011

                                           Akta Baru Akan Menggagalkan Bersih 3.0?
makan malam dan ceramah perdana di kuala pilah semua dijemput hadir...
 Dengar ni, wahai ulama'-ulama UMNO !!!

"Kenapa umat Islam, hatta di kalangan ulama-ulama terbuang di Malaysia, tidak bersependapat dan sepakat dalam hal pelaksanaan hukum hudud? Malah mereka dilihat bertentangan antara satu sama lain. Seolah-olah hukum hudud itu ada pilihan untuk melaksanakannya atau tidak melaksanakannya. Berikutan kecelaruan itu,
Dato' Dr. Haron Din : Berlainan dan percanggahan pendapat dalam Islam adalah perkara lumrah dari dahulu hingga sekarang. Bagaimanapun perlulah diketahui bahawa berlainan pendapat itu, ada yang diharuskan syarak dan ada yang dilarang. Malah ada yang amat-amat dilarang.

Yang diharuskan adalah pada perkara-perkara/ furu'iyyah (masalah-masalah cabang) yang tidak ada nas syarak yang memastikannya. Adapun yang diharuskan berkhilaf, adalah pada ruang berijtihad pada perkara yang ada tiada nas syarak, tidak ada ayat yang menetapkan hukumnya. Lebih-lebih lagi pada perkara yang baru timbul, di mana tidak pernah berlaku sebelum ini.

Contoh jelas yang diharuskan berkhilaf. Seperti bila mana sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W tidak bersependapat, sama ada hendak menghimpun dan menulis semula Al Quran. Abu Bakar As Siddiq R.A berpendapat tidak boleh dibuat kerana Rasulullah S.A.W tidak melakukannya dan tidak pernah ada suruhan melakukannya. Oleh kerana itu beliau berpendapat, ia tidak boleh dilakukan. Manakala Umar Al Khattab R.A berpendapat, perlu dilaksanakan usaha pengumpulan dan penulisan Al Quran kerana dibimbangi akan hilang daripada hafalan ummah. Sebabnya pernah berlaku, ramai penghafal Al Quran yang terkorban syahid. Generasi kemudian akan kehilangan Al Quran. Setelah mereka bertelagah, akhirnya mereka bersetuju perlu dihirnpun dan ditulis semula Al Quran.

Demikian juga mereka bertelagah dalam memilih seorang ketua negara untuk menggantikan Rasulullah S.A.W, bagi meneruskan pemerintahan Islam. Mereka bertelagah pada memilih orang, yang akhirnya mereka bersetuju memilih Abu Bakar As Siddiq.

Dalam permasalahan hudud, perlu atau tidak melaksanakannya, telah dijawab oleh amalan Rasulullah S.A.W, para sahabat dan juga as-salafussoleh. Perlu melaksanakannya. Mereka tidak pernah bertelingkah kerana wujud nas-nas syarak yang amat jelas, menyuruh kita, khasnya pihak berkuasa agama, pada setiap generasi, pada setiap negara, wajib melaksanakannya.

Sepatutnya tidak berlaku pertentangan pendapat di kalangan ulama-ulama muktabar, khasnya ulama 'amilin (yang beramal dengan ilmunya), jika kesemua mereka benar-benar takutkan Allah dan melaksanakan perintah Allah. Bagaimanapun jika ada di kalangan mereka, yang takut akan kehilangan maslahat keduniaan, daripada kemurkaan Allah Taala dan azabnya, maka akan berlakulah apa yang anda ajukan pada persoalan di atas, bahawa ada ulama bertelingkah.

Setiap satu dalam kesalahan hudud (mencuri, merompak, berzina, menuduh zina, meminum arak, murtad) semuanya telah ditetapkan Allah hukumannya di dalam Al Quran (dan terang hukumnya) dan juga hadis-hadis sahih, maka pelaksanaannya adalah wajib
KEADILAN lancar ‘Janji Palong’ bela peneroka Felda
 
JEMPOL 22 Nov 2011 : KEADILAN melancarkan manifesto warga Felda peringkat kebangsaan yang dikenali sebagai ‘Janji Palong’ bagi membela hak peneroka yang selama ini diabai kerajaan Umno-Barisan Nasional.
 
Manifesto itu dilancarkan oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan warga Felda yang diadakan di Felda Palong 6 di sini malam tadi.
 
Program tersebut berjaya menarik kehadiran lebih 2,000 peneroka Felda di sekitar gugusan Felda Palong.
 
Anwar dalam ucapannya memuji usaha yang dilakukan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN (BMFOAK), dalam memperjuangkan hak peneroka yang ditindas oleh Felda di Gugusan Felda Palong dan sekitar Jempol.
 
Turut hadir dan memberi ucapan pada majlis itu Pengerusi BMFOAK, Suhaimi Said, Timbalan Pengerusi, T Kumar dan Setiausahanya, Rebin Birham.
 
Sebelum ini sebanyak lapan kes saman ke atas Felda yang melibatkan peneroka Felda Palong, Felda Serting dan Felda Jengka (Pahang) telah difailkan di Mahkamah yang dikendalikan oleh BMFOAK.
 
Janji Palong mengandungi 6 elemen penting di dalam perjuangan KEADILAN membela nasib Peneroka Felda dan Generasi Baru Felda.
 
Pertama, memansuhkan Felda Plantation seperti yang terkandung dalam Buku Jingga.
 
Kedua, menawarkan 830,000 ekar tanah Felda Plantation kepada 83,000 peneroka baru yang terdiri daripada generasi baru Felda.
 
Ketiga, berjanji membangunkan perumahan mampu milik untuk generasi baru yang menetap di kawasan Felda.
 
Keempat, menamatkan penipuan Kadar Perahan Gred (KPG) yang memerah hasil peneroka Felda.
 
Kelima, mengisytiharkan hutang Peneroka yang akan ditolak daripada pendapatan mengikut kiraan sebenar.
 
Dan keenam, pemberian insentif kepada peneroka tanam semula secara individu tanpa mengharapkan bantuan dan penggantungan kepada Felda