Jumaat, 2 Disember 2011

Ikhwan akan perintah Mesir!!

Di mana-mana pun dalam dunia, bila rakyat marah, pemimpin jahat digantikan. Tetapi yang menjadi hakikat, perjuangan rakyat dirogol oleh sang pengganti.

Kadang-kadang, rakyat bangkit secara spontan. Tak ada pemimpin. Penggerak-penggerak kebangkitan di jalanan pula bukan muka-muka popular. Ketika itu, munculllah pemimpin-pemimpin parti pembangkang berlagak macam pencetus kebangkitan. Tanpa berbuat apa-apa, duduk tak duduk mereka dinobatkan sebagai hero oleh penyokong-penyokong mereka sendiri.

Ketika gelora reformasi di Indonesia, wujud istilah pahlawan kesiangan. Lebih kurang nak bagi faham fasal pahlawan kesiangan lagu ni: Orang lain dah beramuk lama dah dengan musuh, dia dok main selimut lagi. Tiba-tiba dalam pukul 11.00 pagi, dia melompat keluaq dari tempat tidoq dia. "Haa! Huu! Haa!" dia menjerit sakan. Bukan buat apa pun, buat bising ja. Konon-konon dia mengamuk sakan la tu. Para pengikut dia yang dah laluk dengan 'asabiyyah terhadapnya lalu menjerit, "Tu dia! Pemimpin kita tak duduk diam! Mu tengok! Dia mengamuk! Dia mengamuk! Mu tengok tuu!!"

Saya teringat kecaman Pramoedya Ananta Toer terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang Indonesia yang menunggangi reformasi negara itu. Untuk memahami kegelisahan seperti itu, sila baca pendapatnya terhadap Megawati Sukarnoputri dalam majalah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan